Tuesday, March 31, 2009

Yellow II

Hari ini aku ada kelas.

Tapi kali ini tiada monolog di perhentian bas. Aku terus pergi ke kolej.

Di dalam kelas, aku chat sekejap ngan member:

Semalam aku tak pergi kelaslah!
Takut aku.

Ye ke? Tapi semalam lecturer tu ambik M.C,
demam ke apa.

Aku ternganga.

Jadik, takde kelaslah semalam?

Yup.


Terkinja-kinja aku sekejap, di dalam kelas.

Monday, March 30, 2009

Yellow


Hari ini aku ada kelas.

Ketika itu aku berdiri di perhentian bas. Bermonolog seorang diri:

kalau lecturer tu marah, camana?

Ya, ya. Habislah kau kena marah nanti.
Kerja kau banyak, tapi tak buat.

Aku tak reti nak buatlah!
Tapi baik datang dari tak datang, kan?

Ya, ya. Janji hadir,
tapi kau dah lambat setengah jam.

Alamak, camana ni?

Ha ha ha. Itulah kau.
Sementara teksi tak lalu lagi
baik kau buat keputusan.
Pergi, atau tak pergi?


Perlahan-lahan kaki aku melangkah keluar dari perhentian bas.

Perut aku kecut.

Monday, March 23, 2009

Conteng: Rambut


Corel painter X. Pallete knife.

Sunday, March 22, 2009

Conteng: Epal Merah


Speedpaint, Corel Painter X.

Friday, March 20, 2009

Beauty & the Beast (1991 animated film) dan Komik

Aku sebenarnya tak berapa minat filem-filem yang romantik atau jiwang. Tapi aku mengaku, I'm a sucker for this one particular film. Dan scene ini adalah di antara scene-scene yang aku suka di dalam filem ini:



Aku suka bagaimana diorang cuba menggambarkan pelbagai ekspresi wajah bagi watak 'Beast' (Glen Keane merupakan supervising animator bagi watak ini), yang kadang-kadang subtle tapi berkesan. Ditambah pula dengan keberkesanan voice acting oleh Robby Benson, hati aku boleh cair dibuatnya, aduhai! (See, kan aku dah bagitau? I am such a sucker!)

Truthfully, aku ngaku yang aku memang jeles dengan lukisan mereka.

Yang aku nak cakap di sini, ekspresi wajah (ini juga melibatkan bahasa tubuh/pose; rujuk kepada gesture drawing) itu penting, emosi itu mesti ada bagi satu-satu komik yang kita nak lukis. Barulah pembaca boleh rasa seronok membacanya. Ya, mainlah dengan dinamik angle, sempurnakanlah anatomi proportion si hero atau si heroin, susunlah panel komik ikut suka kamu. Tapi janganlah abaikan emosi dan ekspresi si watak, ianya asas dan sama penting!

Monday, March 16, 2009

Let's Whining Together-gether


Kolej dan assignment buat aku rasa nak muntah. Attention span dalam kelas masih boleh tahan lagi, tapi aku dah muak melihat muka lecturer-lecturer kat sana.

Last week aku hantar project photography aku, di antaranya ada gambar yang bukan aku ambil, tapi adik aku. Lecturer puji gambar tu, aku sengih lebar-lebar walaupun tak puas hati. Tak puas hati sebab itu bukan hasil air tangan sendiri. (Takda resource yang cukup utk ambil gambar tu, nak tak nak adik aku yang offer sendiri amikkan gambar). Sense of ownership (copyright entah hapa) aku kuat, so rasa guilty membuak-buak.

Mama tanya, bila lagi kau nak grad? Soalan ni akan berulang-ulang dalam pattern yang sama, dalam tiap-tiap minggu. Aku dah bagi jawapan yang sama balik-balik, dalam 2 tahun lagi. Tapi sebab Mama rasa insecure (dia takut duit simpanan famili jadik kering sejak Papa dah pergi) dia nak gak tanya balik-balik. Aku bengang, tapi Mama mana peduli. Aku tau, dia insecure.

Housemate aku yang seorang macam biasa. RAMAH. Terlalu ramah, sampai aku jadik hilang akal. Kalau gaduh ngan boyfren takyahlah invade bilik orang, muncung sana muncung sini baling-baling barang (mengingatkan aku kepada budak perempuan yang suka hentak-hentak kaki kalau dia tak dapat apa dia nak). Aku tak mau dengar drama episode kau tiap-tiap hari/minggu, sebab aku dah boleh agak apa ending kau. Predictable & cliche. Tolonglah Ya ampun Ya Tuhanku baik Kau jelmakan dia jadik selonggok duit. Boleh aku baling-baling duit tu dari tingkat 14 kat orang bawah yang lalu lalang. Boleh aku tengok helaian duit hijau, biru, dan merah melayang-layang di udara. Charity.

Sekarang dalam kepala aku:
1. Nak pindah tempat lama (relocation is BS, dulu mati-mati ingat idea tu bernas)
2. Nak grad CEPAT
3. Nak duit (siapkan bab terakhir komik)
4. Nak tolak housemate peramah dari tingkat 14
5. Nak kucing anon aku balik
6. Nak Papa aku balik

p/s- Aku akan pokai next month. Tapi aku dah tak boleh kecek duit Papa macam selalu-selalu. Sebab Papa dah takda.

Friday, March 6, 2009

Wednesday, March 4, 2009