Saturday, November 14, 2009

Wednesday, October 28, 2009

Conteng: WIP


Ya, work in progress. Bila nak siapkannya? Ntah.

Saturday, October 24, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Thursday, September 3, 2009

Monday, August 24, 2009

Sunday, July 19, 2009

Tuesday, June 16, 2009

Thursday, May 21, 2009

Wednesday, May 20, 2009

Anger Management


Find a cat, stroke it.

Monday, May 11, 2009

Conteng: Almost Graceful. & Kinokuniya


Am doodling this while I should be preparing for my assessment tomorrow.

Hari ini aku pergi ke Kinokuniya, kerana sangap tahap karma kat rumah. Dengan misi membeli satu buku saja.

Kawan aku kata, better don't bring any money if you intend to go there, pal.

Aku tepis dia, Ah, cuma satu buku saja. Lagipun aku dah belek-belek buku tu tempoh hari, 20% diskaun!

Kawan aku diam.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

(selepas sejam lebih di dalam Kinokuniya)

Aku melangkah keluar dari tempat itu dengan tiga buah buku, sambil garu kepala, sambil senyum-senyum. Budus.

Sunday, May 10, 2009

To Be Or Not To Be


26 going to 27.

Life's getting dull. I'm getting dull. There's not a single thing that I've done in my life I can ever be proud of.

Balik-balik aku komplen, whining, menceceh kat kawan aku yang seorang. Bila lagi? Bila lagi aku nak achieve something yang aku boleh banggakan? No no no, I only got 4 years left to prove something to other people (tak, aku tak sepiking London in real life, aku tak reti). Dan juga famili. Dan juga aku.

Kawan aku ketawa, kau masih muda. You still got a long way to go.

Muda my ass, kata aku.

Mulut kau patut kena clorox, kata dia.

Ya, ya, aku masih muda. Tapi ada satu member ni dah tulis 2, 3 novel sebelum umur dia mencecah 30. Tak adil, tak adil, ceceh aku.

Mungkin kau tak produktif?

Ya, that's it. Aku tak produktif. Mea culpa.

Thursday, April 30, 2009

Conteng: No Plot



No plot, only random sketches.

Monday, April 27, 2009

Conteng: Red Indian


Speedpaint.

Conteng: Jantan


Jantan dah dilukis. Next!

Friday, April 24, 2009

Conteng: Perempuan Lagi



Warming up. Dah lama aku tak buat sketch, kang berkarat pulak skill (Ya, aku rasa skill melukis adalah antara skill2 yang boleh berkarat kalau lama tak diasah).

Balik-balik gambar perempuan, balik-balik gambar perempuan. Next time aku nak lukis gambar jantan.

By the way, aku sudah MERDEKA dari assignment & project. No more work for this semester! Gumbiranya.

Sekarang aku cuma perlu menunggu exam dan assessment saja lagi.

& Para lecturer yang telah mengajar aku untuk semester kali ini, terima kasih kerana korang memang kejam serta tidak berperikemanusiaan.

Friday, April 10, 2009

Apabila Aku dikomen Orang

Kawan aku komen, Kau kuat celoteh.

Memetik kata-kata Upin & Ipin:

"Betul, betul, betul."

Siapa lagi yang layak jadi mangsa celotehku selain kau?

Betul, betul, betul.

Tuesday, March 31, 2009

Yellow II

Hari ini aku ada kelas.

Tapi kali ini tiada monolog di perhentian bas. Aku terus pergi ke kolej.

Di dalam kelas, aku chat sekejap ngan member:

Semalam aku tak pergi kelaslah!
Takut aku.

Ye ke? Tapi semalam lecturer tu ambik M.C,
demam ke apa.

Aku ternganga.

Jadik, takde kelaslah semalam?

Yup.


Terkinja-kinja aku sekejap, di dalam kelas.

Monday, March 30, 2009

Yellow


Hari ini aku ada kelas.

Ketika itu aku berdiri di perhentian bas. Bermonolog seorang diri:

kalau lecturer tu marah, camana?

Ya, ya. Habislah kau kena marah nanti.
Kerja kau banyak, tapi tak buat.

Aku tak reti nak buatlah!
Tapi baik datang dari tak datang, kan?

Ya, ya. Janji hadir,
tapi kau dah lambat setengah jam.

Alamak, camana ni?

Ha ha ha. Itulah kau.
Sementara teksi tak lalu lagi
baik kau buat keputusan.
Pergi, atau tak pergi?


Perlahan-lahan kaki aku melangkah keluar dari perhentian bas.

Perut aku kecut.

Monday, March 23, 2009

Conteng: Rambut


Corel painter X. Pallete knife.

Sunday, March 22, 2009

Conteng: Epal Merah


Speedpaint, Corel Painter X.

Friday, March 20, 2009

Beauty & the Beast (1991 animated film) dan Komik

Aku sebenarnya tak berapa minat filem-filem yang romantik atau jiwang. Tapi aku mengaku, I'm a sucker for this one particular film. Dan scene ini adalah di antara scene-scene yang aku suka di dalam filem ini:



Aku suka bagaimana diorang cuba menggambarkan pelbagai ekspresi wajah bagi watak 'Beast' (Glen Keane merupakan supervising animator bagi watak ini), yang kadang-kadang subtle tapi berkesan. Ditambah pula dengan keberkesanan voice acting oleh Robby Benson, hati aku boleh cair dibuatnya, aduhai! (See, kan aku dah bagitau? I am such a sucker!)

Truthfully, aku ngaku yang aku memang jeles dengan lukisan mereka.

Yang aku nak cakap di sini, ekspresi wajah (ini juga melibatkan bahasa tubuh/pose; rujuk kepada gesture drawing) itu penting, emosi itu mesti ada bagi satu-satu komik yang kita nak lukis. Barulah pembaca boleh rasa seronok membacanya. Ya, mainlah dengan dinamik angle, sempurnakanlah anatomi proportion si hero atau si heroin, susunlah panel komik ikut suka kamu. Tapi janganlah abaikan emosi dan ekspresi si watak, ianya asas dan sama penting!

Monday, March 16, 2009

Let's Whining Together-gether


Kolej dan assignment buat aku rasa nak muntah. Attention span dalam kelas masih boleh tahan lagi, tapi aku dah muak melihat muka lecturer-lecturer kat sana.

Last week aku hantar project photography aku, di antaranya ada gambar yang bukan aku ambil, tapi adik aku. Lecturer puji gambar tu, aku sengih lebar-lebar walaupun tak puas hati. Tak puas hati sebab itu bukan hasil air tangan sendiri. (Takda resource yang cukup utk ambil gambar tu, nak tak nak adik aku yang offer sendiri amikkan gambar). Sense of ownership (copyright entah hapa) aku kuat, so rasa guilty membuak-buak.

Mama tanya, bila lagi kau nak grad? Soalan ni akan berulang-ulang dalam pattern yang sama, dalam tiap-tiap minggu. Aku dah bagi jawapan yang sama balik-balik, dalam 2 tahun lagi. Tapi sebab Mama rasa insecure (dia takut duit simpanan famili jadik kering sejak Papa dah pergi) dia nak gak tanya balik-balik. Aku bengang, tapi Mama mana peduli. Aku tau, dia insecure.

Housemate aku yang seorang macam biasa. RAMAH. Terlalu ramah, sampai aku jadik hilang akal. Kalau gaduh ngan boyfren takyahlah invade bilik orang, muncung sana muncung sini baling-baling barang (mengingatkan aku kepada budak perempuan yang suka hentak-hentak kaki kalau dia tak dapat apa dia nak). Aku tak mau dengar drama episode kau tiap-tiap hari/minggu, sebab aku dah boleh agak apa ending kau. Predictable & cliche. Tolonglah Ya ampun Ya Tuhanku baik Kau jelmakan dia jadik selonggok duit. Boleh aku baling-baling duit tu dari tingkat 14 kat orang bawah yang lalu lalang. Boleh aku tengok helaian duit hijau, biru, dan merah melayang-layang di udara. Charity.

Sekarang dalam kepala aku:
1. Nak pindah tempat lama (relocation is BS, dulu mati-mati ingat idea tu bernas)
2. Nak grad CEPAT
3. Nak duit (siapkan bab terakhir komik)
4. Nak tolak housemate peramah dari tingkat 14
5. Nak kucing anon aku balik
6. Nak Papa aku balik

p/s- Aku akan pokai next month. Tapi aku dah tak boleh kecek duit Papa macam selalu-selalu. Sebab Papa dah takda.

Friday, March 6, 2009

Wednesday, March 4, 2009

Tuesday, February 24, 2009

Penat



Tidak. Ini bukan scene dari filem American Beauty. Sebab tade bunga ros.

Aku dah boleh belajar balik kat kolej, duit yuran semua dah settle. Kelas dah sebulan lebih start. Sedar-sedar assignment dah bertimbun, keje tak siap. Aku penat.

Suka hati aku la nak baring kat mana-mana.

Saturday, February 21, 2009

Aku Ada Sembilan Nyawa



Aku ada satu housemate baru yang 'peramah'.

Kalau Superman lagi laju dari speeding bullet, mulut housemate aku pula lagi laju dari Superman. Ketang ketung ketang ketung mulut dia bergerak dengan cargasnya, seolah-olah ada motion blur gitu.

Boyfren, spare tayar(s), hari-hari itulah yang keluar dari mulut dia yang cargas itu. Sampai atas katil pun dia cerita, hamboih. Dan kadang-kadang time dia cerita, dia meroyan dengan penuh perasaan.

Aku rasa macam nak pitam. Sebab aku baru kenal sebulan dua dengan dia. Terasa macam nak menari atas meja.

'Keperamahan' dia telah membunuh aku beberapa kali. Nyawa aku ada sembilan, jari aku ada sepuluh, tapi aku tak berani kira berapa yang tinggal.

Tuesday, January 13, 2009

Conteng: Budak


Praktis kat Open Canvas.