Aku sebenarnya tak berapa minat filem-filem yang romantik atau jiwang. Tapi aku mengaku, I'm a sucker for this one particular film. Dan scene ini adalah di antara scene-scene yang aku suka di dalam filem ini:
Aku suka bagaimana diorang cuba menggambarkan pelbagai ekspresi wajah bagi watak 'Beast' (Glen Keane merupakan supervising animator bagi watak ini), yang kadang-kadang subtle tapi berkesan. Ditambah pula dengan keberkesanan voice acting oleh Robby Benson, hati aku boleh cair dibuatnya, aduhai! (See, kan aku dah bagitau? I am such a sucker!)
Truthfully, aku ngaku yang aku memang jeles dengan lukisan mereka.
Yang aku nak cakap di sini, ekspresi wajah (ini juga melibatkan bahasa tubuh/pose; rujuk kepada gesture drawing) itu penting, emosi itu mesti ada bagi satu-satu komik yang kita nak lukis. Barulah pembaca boleh rasa seronok membacanya. Ya, mainlah dengan dinamik angle, sempurnakanlah anatomi proportion si hero atau si heroin, susunlah panel komik ikut suka kamu. Tapi janganlah abaikan emosi dan ekspresi si watak, ianya asas dan sama penting!

No comments:
Post a Comment