Sunday, December 21, 2008

Mencari Buku Yang Hilang

Dulu aku ada satu buku, yang aku suka sangat-sangat. Kalau tak silap buku rujukan tu bertajuk Asas Seni Lukis oleh Jaafar Taib (aku tak ingat, tapi gitu-gitulah bunyinya). Kulitnya berwarna hitam pekat, ada satu illustrasi kat cover depan dia; di mana si pemuda berkain pelikat sedang duduk atas kerusi rotan. Tapi yelah, lepas bertahun-tahun aku tak balik kampung, buku tu secara tak oficial-nya diwariskan kepada adik aku (termasuk bilik aku sekali, kau renovate & harta benda aku yang berkoyan-koyan kau sita sampai tinggal dua kotak kecik, jahanam kau).

Then apabila sampai masanya aku nak claim buku tu balik, adik aku cakap yang dia tak ingat kat mana dia simpan buku rujukan tu. Pulak dah. Aku punyalah bengang nak mampus, sebab aku cadang nak buat buku tu sebagai collector's item. Aku cadang nak belek-belek muka surat dia sampai meleleh-leleh air liur di masa lapang, sebab buku tu cantik, tambahan pula illustrasi dia wat aku cam lemas semacam je. Best. Tak macam buku rujukan seni lukis yang aku pernah tengok sekarang, tak selera.

For the time being, aku masih tercari-cari lagi buku ni. Sayang gila. Kalau terjumpa imej buku ni akan aku poskan di kemudian hari. Bye.

Friday, December 19, 2008

Saturday, December 13, 2008

Jiwa Kacau






















Hari ini, jiwa aku kacau.

Saturday, December 6, 2008

Chatting Sambil Menconteng
















Kepada sesapa yang suka sangat menjahanamkan buku sekolah atau dinding rumah bapaknya sambil mulut menyumpah-seranah tu dipersilakan datang ke website ini: iScribble.net

Aku dah cuba-try-test mendalah ni, best gak. Walaupun tools dia tak se-best Photoshop/Corel Painter (di mana tools dia amat limited, misalnya korang takleh setkan brush flow/opacity), tapi at least korang boleh mengumpat sambil menconteng.

Thursday, December 4, 2008

Monday, November 10, 2008

"Mana anak-anaknya?"

Mama call.

Dia suruh aku terbang ke kampung lagi. Kena pergi tengok Papa lagi. Keadaan dia makin teruk. Aku tak nak pergi, kata aku pada Mama. Ayatku penuh dengan bunga-bunga, nak bagi hint kat Mama yang aku tak dapat pergi tengok Papa.

Mama cakap orang dah asyik tanya, Mana anak-anaknya? Kenapa diorang macam tak pedulikan bapanya? Kesian dia.

Siapa orang itu, aku tanya.

Adalah orang tu, Mama jawab. Dia macam nak tak nak jawab.

Siapa? Aku tanya lagi.

Pakcikmu tu, Si Polan bin Si Polan, akhirnya Mama jawab.

Oh Pakcik yang tu rupanya, kata aku. Aku rasa terkilan. Sakit hati. Sampai hati dia cakap macam tu. Kenapa dia tak paham yang aku tak nak tengok Papa lagi? Siapa sanggup pergi tengok rupa dia macam tu? Terbaring atas katil hospital, wayar dan hos semua cucuk pada badan Papa.

Tiap-tiap kali aku pergi lawat Papa hari itu, aku cuba tak nak fikir banyak-banyak. Bila aku tengok wajah Papa, aku cepat-cepat alihkan mata kat skrin monitor atas kepala dia. Aku tak suka tempat itu. Bau hospital dia nak buat aku muntah.

Aku tak nangis, adik aku yang sama-sama balik dari KL nangis. Tiap-tiap kali dia pergi lawat Papa, dia nangis. Dia nangis lalu terus keluar dari tempat itu.

Aku ingat lagi masa tu, aku dan adik aku dalam kereta, on the way nak lawat Papa. Aku sedang makan roti bun. Aku gurau dengan adik aku, Sedapnya roti ni. Mana tau nanti Papa mesti terbangun dari koma sambil demand roti bun. Mesti dia bising Oooh, makan sembunyi-sembunyi. Kedekut, tak nak share ngan Papa. Ada lagi roti bun?

Kami ketawa, sebab kami tau Papa memang jenis orang yang suka makan-makan. Dulu, kadang-kadang Papa pergi ke dapur tengah-tengah malam. Dia masak main hentam, entah apa rencah dia pakai. Tapi last-last kami semua ikut duduk kat meja makan sebab bau masakan Papa sedap.

Kami asyik bergurau dalam kereta, sekadar nak sedapkan hati masing-masing. Tapi bila masuk saja tempat itu, masing-masing diam. Semua gurauan hilang. Semua lupa. Masing-masing kecut tengok Papa.

Kalau ada orang cakap kami tak pedulikan Papa, itu aku tak tau. Mungkin betul, mungkin tak. Hidup kami lintang-pukang sekarang. Mak asyik risaukan siapa yang nak bagi duit makan minum nanti. Saudara-mara asyik cucuk dia, suruh anak-anaknya balik. Kenapa diorang tak pedulikan bapanya?

Ya aku tau, aku memang pengecut. Sebab aku tak mau balik lawat Papa.

Sunday, November 2, 2008

Conteng: Dari siri kartun Mighty Max







Lagi conteng. Sapa ingat lagi siri rancangan kartun Mighty Max? Antara watak-watak kegemaran aku time kecik-kecik dulu.

Friday, October 31, 2008

Thursday, October 30, 2008

Conteng: Gadis Berjubah Merah





















Ku conteng. Corel Painter X.

Wednesday, October 29, 2008

Papaku Masuk ICU



Last week aku terbang ke kampung. Family aku panik. Mama cakap, Papa koma. Sanak saudara aku panik. Diorang cakap, paru-paru, buah pinggang dia rosak, liver berdarah.

Aku panik. Bila check hal yang sebenar, rupanya Doktor bagi sedatif kepada Papa. Induce koma gitu, sebab sakit dia teruk. Bukannya tetiba dia jatuh pengsan, terus koma. Paru-paru dan buah pinggang terkena jangkitan, bukannya rosak. Entah virus, entah bakteria mana yang berani kacau Papa.

Aku marah mereka sebab buat assumption sendiri. Memandai jadi doktor tak bertauliah.

Papa sudah stabil, tapi masih kritikal lagi.

Kepada sesiapa yang baca ini, tolong doakan Papaku agar dia cepat sembuh. Tolong doakan dia walaupun dia suruh aku turunkan ayat yang mampu meringankan sakit dia.

Aku dah kasi turun ayat itu, dengan niat bawa ia balik ke kampungku.

Ironis kan?

Friday, October 10, 2008

Kasi Turun Itu Ayat

Tahun lepas, around bulan september atau oktober, aku pindah rumah. Ada bilik sendiri. Dulu, aku kongsi dengan sorang roommate. Tapi sekarang, aku menyendiri. Bawak diri.

Suatu hari Papa terbang turun ke KL. Ada urusan, katanya. Dia duduk hotel. Papa mau tengok mana kamu tinggal, katanya lagi.

Aku jadi gelabah. Aku takut sebab dia nak check macamana life aku kat sini.

Tapi sebab aku adalah anak Papa, aku bawa juga dia ke rumah aku.

Depan-depan saja dia berdiri menghadap pintu bilik, dia berhenti. Dia tengok kat dinding pintu. Ada dua, tiga sticker kecil terlekat. Lalu dia cakap

Kasi turun itu ayat. Kau bukan Islam.

Ala Papa ni, itu ayat saja lah, orang dulu-dulu duduk sini yang kasi lekat. Tak beranilah, Papa! Kasi biar saja lah.

Papa masuk ke bilikku yang masih lapang itu. Dia 'roaming around' dalam bilik itu. Then, dia berhenti lagi. Dia tengok kat dinding bilik, sebelah tingkap. Ada kertas A4 merah maroon terlekat. Lalu dia cakap lagi

Kasi turun itu ayat. Apa ni, kau bukan Melayu.

Alah, Papa! Yang itu pun orang yang dulu-dulu juga kasi tinggal. Mana berani cabut suka-suka. Kasi biar lah. Mana tau itu ayat boleh kasi halau-halau hantu.

Mata Papa melilau lagi. Mata dia tengah scanning itu bilik buat kali kedua.

Ya, ya. Mana sajalah. Suka hati kau, dia kata.

Wednesday, October 8, 2008

Monday, October 6, 2008

Dream On VS. Dreaming On


Aku dengan kawan aku bertikam mulut hanya kerana sebuah lukisan.

Aku cakap kat dia," I think yang sebelah kiri tu Tuah, sebab kita tak dapat tengok muka dia, kan? I mean, Hang Tuah ni kan kira cam legend, satu simbol yang misterius. Kau pula camana?"

"True, true, I can see that yang kiri tu Hang Tuah, sebab dia ni jenis main tepis je. Yang muka bengis nak menyerang tu confirm Jebat."

"Tapi kau tak perasan ke muka bengis dia tu macam muka marah kena betray pun ada gak, kan?"

"Ya, muka frust deadend. Tapi, what's the big deal? Apa point kau? Aku tak paham."

"Takde la, aku cuma nak create persoalan kalau orang tengok lukisan ni. Alah, pro Jebat/Tuah punya thing. Kononnya kalau ada orang make assumption yang kat belah kiri tu Jebat dan belah kanan tu Tuah, kenapa diorang pikir camtu? I mean, macam lukisan Mona Lisa dengan senyuman dia yang famous tulah. Different people with different perspective. Aku tak nak tekankan sapa salah atau sapa yang betul dalam situasi Tuah dan Jebat. Aku cuma nak tau apa perspektif orang lain bila tengok lukisan ni," kata aku dengan penuh semangat.

"Maksud aku, cuma Jaafar Taib je yang tau kan? Of course dia dah tetapkan mindset dia masa tengah siapkan painting ni; yang mana satu Tuah, dan yang mana satu Jebat. But at the same time aku ada gak berharap biarlah lukisan ni ada misteri dia yang tersendiri, biar orang tak tau and try make their own assumptions which one is the real one. Let the dreamers dream what they want to dream, you know?" Sambung aku lagi.

Then kawan aku yang mulut besar ni pun jawab,"But what's the big deal actually? It's obvious already sapa Jebat, sapa Tuah. Everybody can see that."

Masa tu aku geram gila tahap karma, sebab dia betul.

p.s - Memula ingat nak tulis cerita di sebalik lukisan ni, tapi aku tak tau pun apa nak tulis sebenarnya. Ingat aku taulah serba sedikit, tapi bila dah tulis orang tak paham pulak apa yang aku cuba nak sampaikan. Kawan aku cerdik, aku tau. Aku slow, tu pun aku tau. Aku tau aku cuma reti memukul tin-tin susu yang dah kosong. Dah expired.

Biarlah aku berangan seorang macamana rupa Hang Tuah sebenarnya. Aku dah tak peduli lagi, biarlah orang cakap kat aku,"Dream on."

Yang Terlarang itu Sodap



Semalam aku jumpa adik aku. Entah tetiba je datang gila dia nak ajak aku lepak dengan kawan-kawan dia.

Malam itu aku tengok adik aku seksi. Lawa. Comel. Baju merah menyala-nyala. Yang tu aku boleh terima.

Tapi malam tu jugak aku 'tertengok' adik aku pi nyala sebatang rokok. Then asap berlegar-legar. Adik aku tersengeh macam kerang busuk nak mampus. Yang ini aku takleh terima.

Aku tengok dia KECIKKK je malam tu. Dari mana dia belajar menda tak senonoh ni?



Oh.

Friday, October 3, 2008

Maghrib



Hari ini hari raya yang ketiga. Tapi aku seorang lagi.

Maghrib dah nak tiba. Aku nak pulang ke rumah. Hujan renyai-renyai, tapi langkahku lambat. Aku terkedu, tergamam melihat sekeliling.

Hari ini kelam. Hari ini malap.

Suka atau tidak hari ini tetap milikku seorang. Hari yang mana para penghuninya tidak wujud melainkan aku seorang.

Azan dah berkumandang, tapi aku tetap sepi.

Suka atau tidak aku terpaksa melangkah jua.

Thursday, October 2, 2008

Kedai Runcit di Hari Raya



"Kedai tutup la dey!"

Whoops. Lupa.

Wednesday, October 1, 2008

Paper Bag Saga



Ooh, kat Malaysia takde paperbag, standard orang sini pakai plastic bag. Sedut udara slow2, lepas udara slow2. Hehh-huhh. Hehh-huhh. Kepala pening. Tangan kebas. Tapi aku survive.

Dan sekarang aku kena ambik sedatif la pulak. Valium, how convenient. Aku tanak jadi drug dependence, atau tolerance, atau whatever-ence. Mintak jauh-jauh.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Saturday, September 20, 2008

Ke mana perginya entri 'Wham Bang Kapow' aku? Dan satu perkara mengenai blogging

Aku taulah aku buta IT. Tapi takkanlah aku ni bongok sangat sampai entri yg mengenai Urban Comics tu pun bleh hilang (accidentally, terdelete). Sedeh.

Dan satu perkara mengenai Blogging, biasanya baru-baru ini orang suka cakap pasal politik. Petralah, Mahathirlah, para blogger yang tak puas atilah, sampai bebudak remaja pun ikut sebok taip pasal diorang.

Aku? Err, aku tatau pape pasal diorang. Blog yg aku taip ni pun bukannya ada isi, setakat omong kosong membebel adalah. Suka hati akulah. Tapi satu perkara je yang menarik mengenai para blogger dan blognya, aku lebih berminat baca komen-komen yang di bawah nuuu. Malah aku mengaku, aku scan cepat-cepat tajuk & entri blognya (sekadar nak tau apa isi buahnya) sebab tak sabar nak klik kat komen dan baca dengan penuh nafsu serakah.

Banyak drama. Aku dah tak perlu membuka tv untuk menonton rancangan reality show. Sebab kat sini dah berlambak!

Ipod ala pipboy



Mungkin inilah rupa ipod pada era post-apocalypse, di mana survival lebih penting bagi manusia pada zaman itu. Entertainment sure pada masa tu terpaksa tolak tepi.

Seriusly kalaulah betul ada ipod macam ni, aku nak satu!!

Wednesday, September 17, 2008

Kekonfiusan

Dari entri terdahulu aku ada membebel yang aku tak dapat pi kolej sebab duit. Nak sangat, nahhh tau-tau je aku tetiba dipanggil balik untuk teruskan semester 2 pada 22 September ni. Tapi masalahnya sekarang, aku tengah konfius sebab aku tetiba hilang minat nak sambung belajar kat kolej tu.

Gilakah aku?

Then, perkara kedua, pasal drawing: Aku konfius betul ngan teori-teori dari buku Betty Edwards dan Andrew Loomis. Dalam buku B. Edwards yang bertajuk Drawing on the Right Side of the Brain, ada menekankan bab contour dalam proses melukis dan melihat dengan betul akan subjek yang nak dilukis itu. Aku tak boleh nafikan yang teori B. Edwards ni memang interesting dan mudah untuk dicerna, dan juga sangat sesuai untuk beginners yang bebal dan tak reti langsung nak lukis(cara-cara belajar melihat ngan mata kita yang artisik lalala). Jangan pulak korang marah aku sebab kata beginner bebal dan tak reti lukis, sebab aku sindri pon bebal bangang. Penerangannya mudah, aku boleh jamin mana-mana pembaca boleh grasp & improve kalau dia serius nak belajar melukis.



Ini adalah buku-buku yang aku suka.

Tak paham? Aku mana peduli. Sekarang pi rembat buku ney dari mana-mana kedai buku yang ada kalau nak paham. Buku yang aku ada sekarang ni beli kat kedai buku2 terpakai, dah tak virgin, tapi aku tetap bangga.

Tapi yang membuatkan aku tambah konfius, buku Pakcik Andrew pulak (yang aku dah lupa tajuk-tajuknya), si penulis lebey prefer kalu kita render lukisan kita in terms of 'blockiness' and 'mass'. Lebey cantik dari drawing yang dirender ngan line and contour semata-mata katanya (walaupun kau dah letak shading ngan betul). Dan dia juga tak menggalakkan tabiat meniru dari gambar photo (adalah lebih baik kalau praktis melukis still life/subjek di depan mata, asalkan bukan berdasarkan imej gambar yg 'flat'). Katanya sebab dia nak kita tangkap 'the essence of the subject' dulu, manakala gambar photo tu cuma sebagai references utk detail yg kecik2 jer.

Teori-teori yang dinyatakannya memang banyak berjela-jela, dan leceh, tapi aku takleh komplen, sebab dia kira dianggap 'Bapak Illustrasi' yang memang buat aku jatuh cinta, hanya mampu mengecur air liur. Dan aku takmoh start cakap pasal paintings dia, takut ter'hyperventilate' la pulak nanti.

Yang ini pun aku suka.


Aku konfius betul ngan dua penulis di atas, sampai pernah lecturer aku komen dengan life drawing aku, "Your drawings are good, but you drew too much of it that the subject in your drawings aren't alike. People won't recognize the model blahblahyaddah". Sedeh betul aku mendengarnya. Apa? Jadi aku kena balik kat square one? Back to basic? Aduss, all those years hilang begitu saja (actually baru dua tiga tahun mwehehe).

Ada lagi yang aku konfius, pasal warna-warninya cat. Aku pening ngan penggunaan .complements of color' dalam sesuatu painting, aku pening ngan teori 'picking colors from the surrounding', aku pening ngan teori-teori yang lelain, aku tak bleh mention kat sini sebab aku dah tak ingat. Aku dah tak ingat sebab konfius banyak sangat. Kang terkejar-kejar dua arnab, takut tak dapatlah pulak sebab aku gelojoh. Kang aku terkejar-kejar meng-apply-kan teori-teori yang di atas, takut nanti langsung sia-sia aku dikata orang sebab tamak.

Dah cukup, aku dah lupa apa yang aku nak tulis seterusnya sebab aku dah cukup konfius. Aku cukup takut semua yang aku nak sangat ni jadi sia-sia.

Hangat-hangat tahi ayam, hangat lagi...

edit: jangan harap kalau korang nak try cari buku-buku Andrew Loomis buat masa sekarang. Diorang dah tanak print out dah mendalah tu. Kalu nak sangat, nahh pi la cari sindri cetak rumpak dia. Cyberlanun kan banyak.

Thursday, June 12, 2008

Layang-layang putus tali

I'm alive. Alive without a purpose.

Duit. Duit. Kalau betul duit tumbuh kat pokok dah lama aku bayar kolej tu. Tapi sekarang aku hanya mampu duduk diam-diam, hanya mampu tergelak sebab aku rasa nak gelak, hanya mampu menunggu kebuhsanan menunggu jawapan dari organisasi yg mampu beri aku dana tu. Bunyi macam organisasi yakuza pula, tapi bukan. Cuma sebuah organisasi yang sedang ada masalah ngan kakitangannya yang dituduh salahguna duit, duit yang lapan golongan berhak terima.

Diorang cakap aku berhak terima, tapi aku tak sure. Diorang cakap diorang akan bereskan hal finance ngan kolej aku, tapi aku tak tau bila.

For the time being, biarlah aku duduk termenung sambil merenung tubuh gebu kucing aku yang seekor itu. Termenung seperti aku juga. Entah apa yang dia pikir sekarang aku takmoh ambik tau.

Dan kerja aku pun tak siap lagi.

Adikku yang 'jahat', namun cam mana kau lukakan hatiku sekalipon, kau tetap adikku jua.