Monday, June 25, 2012

Maaf


Maaf.

    Satu perkataan yang mungkin mudah aku terima 20 tahun yang lalu. Kerana ketika itu aku masih lagi optimis. Masih lagi naif. Bersih suci dari pengalaman dunia. Belum tahu segala macam konsep; buli, racist, gangguan seks, cinta dan sebagainya. Kalau salah satu daripada konsep-konsep ini aku pernah lalui pada masa itu pun, aku masih belum dapat memahaminya lagi. Dengan sambil lewa aku akan buat endah tak endah and just forget about it.
    Namun mungkin, disitulah silap aku. Emosi aku sebagai kanak-kanak belum cukup berkembang. Reaksi yang aku tahu buat cuma tersipu malu dan tersengih macam kerang busuk nak mampus. Dan memori, adalah memori. Sama ada kau lupa atau ingat pada sesuatu peristiwa. Dan malangnya dari segi fitrah manusia, kenangan atau pengalaman pahit lebih susah untuk dilupai. Macam photographic memory gitu. Menurut ‘survival of the fittest’, kau sebagai manusia akan lebih mengingati perkara yang pernah menyakitkan diri, sebab lain kali kau akan lebih berhati-hati dan cuba mengelakkan kejadian yang sama dikemudian hari.
    Maka dalam kes aku, memori yang aku pendam tanpa rasa atau sangka, sehinggalah dewasa, kini tiba-tiba meletup. Bagai gunung berapi mati hidup kembali. Sedar tak sedar rupanya pengalaman lalu kembali memakan diri.
    Anxiety. Panic Attack. Kemurungan. Amarah. Adakalanya aku terpaksa menelefon kawan rapat pagi-pagi buta kerana aku menyangka diri diserang sakit jantung. Atau sesak nafas. Macam-macam penyakit aku cipta out of thin air. Takut kanserlah. Tumorlah. Nampak perubahan sikit pada mana-mana anggota badan, terus risau, asyik nak jumpa doktor. Siap buat ECG lagi takut-takut kalau aku ada masalah jantung. Kalau Si Magician David Copperfield tengok, akan tepuk tangan kuat-kuat pada Si Hypochondriac.
    Aku juga seorang yang sangat self-centered (cuba kau kira sudah berapa kali aku guna perkataan ‘aku’ dalam post aku ini), whiny, dan susah nak open dengan orang. Dan most of the time, awkward dan tak kena tempat. Ada sekali aku pernah luahkan perasaan (bukan cinta, tapi perihal peribadi) pada seseorang yang masih lagi stranger. Sampai sekarang orang tu tak contact langsung. Aku berani jamin yang dia melihat aku sebagai creep, sehingga seram nak kawan.
    Aku juga menganggap hampir semua orang itu shallow, dan kurang cerdik. Bukannya apa, pengalaman mengajar aku menjadi prejudis, pesimis, dan sinis dengan dunia. Bayangkan, ketika sekolah rendah budak-budak sekelas pernah memulaukan aku sebab aku anak Cina. Hantar sepucuk surat penuh dengan cacian, ejekan, dan ayat-ayat rasis yang mungkin kau sukar nak percaya keluar dari kepala budak-budak 10-11 tahun. Dan lagi best? Surat tersebut disertakan sekali dengan sain autograf dari tiap-tiap rakan yang terlibat. Kini beberapa tahun yang lalu aku mendapat tahu dari kawan lama yang salah satu dari budak-budak rasis itu dah berkawin dengan Cina mualaf. How’s that for karma? Good for her.
    Itu adalah salah satu pengalaman. Orang lain mungkin ada pengalaman yang lebih teruk lagi. Dan aku taknak cerita semua pengalaman aku. Lain orang lain tahap penerimaan. So far, Tanjung Rambutan is not in my list yet. Aku cuma pernah berjumpa sekali ngan Si Psychiatrist, sepupu Dr. Freud (jauh bau bacangnya), nothing serious.
   
    Ke-Maaf-an.

    Satu perkataan yang  kini susah aku nak beri pada most people. Perkataan itu aku reserved cuma untuk orang yang aku betul-betul care. Dan sekarang mungkin aku harus belajar kembali bagaimana nak jadi seorang yang naif, so barangkali pada suatu masa aku takkan pandang sinis dengan dunia.