Sunday, October 28, 2012

Wednesday, October 17, 2012

Dosa Seorang Perempuan

"Tak jawab salam, dosa. Jawab salam, gatal namanya," kata si pemuda, yang sedang bekerja sebagai salesman di sebuah pasaraya Giant.

Ya, betul tu, aku amin-kan apa yang kau cakap. Bermakna bakal isteri kau yang tak berdosa itu gatal miang kerana menjawab salammu seperti apa yang kau nyatakan dalam ayat di atas.

What the HELL is wrong with you, people? Kalau ini mindset majoriti, aku lebih rela duduk dalam gua, jadi kera sumbang.

Jokes aku boleh terima, tapi ada batasnya. Words are powerful tool, jangan buat main. Nanti makan diri. Tak salah bagi salam, tapi minta tolong ya ampun ya tuhan jangan abuse hak tersebut.

Wednesday, October 10, 2012

Solid Snake























Mmm Solid Snake is SOLID.

Sunday, September 30, 2012

Missing The Other Half

"Baghdad kat New York, that's what you've said years ago."
"No, I did NOT say that, pekak."
"Too late, I've already told everyone."

Kadang-kadang panas gak dibuatnya. Teasing mengalahkan lawyer yang kuat putar belit (since when ada lawyer yang tak putar belit?)

And I've really missed that jerk. Terribly.

Al-fatihah & Selawat kepadanya senantiasa.

Thursday, August 9, 2012

Untuk orang Islam

    Jangan ejek orang yang bukan Islam kerana agama yang dianutinya. Jangan cakap kepada orang yang bukan Islam yang dia itu kafir, confirm masuk neraka walaupun kau sudah tahu faktanya. Bayangkan kalau kau cakap macam tu pada Nabi kita, yang bapa saudaranya mati kafir. Takkan kau nak sakitkan hati Rasullulah?
    Aku beritahu ni pun sebab dari pengalaman aku sendiri. Orang ejek, tapi nasib baik aku tak ejek balik agama dia walaupun hati panas membuak nak terajang dia sampai langit ketujuh. Aku tak ejek, aku tak terajang, kerana aku dah percaya pada Allah awal-awal lagi. Tapi kalau famili aku yang kena ejek sebaliknya macamana? Confirm maki-hamun balik.
     Nak bagi hidayah kena tunjuk attitude Islam, bukannya perangai busuk 'holier than thou'. Fikirkan.

Thursday, July 19, 2012

Sunday, July 8, 2012

Kau masih wujud?

Ku pegang talinya
Ku lihat ke langit
yang kejap kelam
kejap cerah

Ku pegang talinya
jauh ke langit
Mana layang-layangnya?

Entah ditiup angin
kecil membuta
Entah putus
jauh menghilang

Ku genggam talinya
mendongak sambil tertanya-tanya
Ku pegang dengan harapan
layang-layangku masih ada